Banjir, Tangkak bersiapsiaga

Banjir, Tangkak bersiapsiaga
Keadaan penempatan penduduk di Kampung Parit Pulai, yang dinaiki air banjir kilat selepas hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan 10 mangsa daripada dua keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS petang tadi – Foto NSTP/Ihsan APM

Banjir, Tangkak bersiapsiaga

JOHOR BAHRU: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Tangkak, dekat sini, petang tadi, selepas air banjir mula memasuki rumah penduduk di Kampung Parit Pulai.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tangkak, seramai 10 mangsa banjir daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serom 8, yang dibuka sejak jam 4 petang tadi.

“Hujan berterusan sejak lewat petang semalam menyebabkan kawasan rendah terutama Kampung Parit Pulai dinaiki banjir kilat.

“Saliran parit utama sepanjang kampung berkenaan turut dipenuhi air yang hampir melimpah berikutan hujan lebat dan pemantauan di kawasan itu masih dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) beroperasi 24 jam di semua 10 daerah di negeri ini bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang menyebabkan hujan lebat.

Katanya, seramai 200 petugas APM diarah bersiapsiaga setiap hari bagi persediaan menghadapi apa-apa jua kes kecemasan atau bencana terutama banjir.

“Ketika Monsun Timur Laut, kebiasaan luruan monsun akan berlaku yang menyebabkan hujan lebat berpanjangan.

“Johor khususnya di bahagian pantai timur akan terkesan dengan fenomena ini dan ia boleh menyebabkan kejadian banjir.

“Sehubungan itu, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, APM Johor telah sedia dari segi keanggotaan, aset dan logistik selain strategi pengoperasian sebelum, semasa dan selepas bencana banjir, bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan.

“Kita berharap penduduk di kawasan berisiko banjir sentiasa bersiap sedia dan mematuhi arahan sekiranya pemindahan perlu dilakukan,” katanya.

Banjir, Tangkak bersiapsiaga

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker