Sarjan polis maut dengan kesan tembakan pada kepala

Sarjan polis maut dengan kesan tembakan pada kepala

Sarjan polis maut dengan kesan tembakan pada kepala
GAMBAR hiasan

REMBAU: Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan pada kepala di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, di sini petang semalam.

Sebelum ditemukan kira-kira jam 6.30 petang, anggota lelaki berusia 58 tahun berkenan dipercayai masuk ke salah sebuah bilik di pejabat terbabit dan mengunci pintu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dalam salah sebuah bilik di pejabat berkenaan.



“IPD Rembau menerima maklumat berkaitan seorang anggota polis yang ditemukan maut berlumuran darah dengan kesan tembakan pada kepala, jam 6.30 petang semalam.

“Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan menghormati keluarga si mati,” katanya.



Sarjan polis maut dengan kesan tembakan pada kepala


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading