Resepi kuih limas sedap dan enak

Kuih Limas

 

Hari ini kita berkongsi resepi kuih limas yang sedap dan enak untuk juadah pagi atau minum petang.

Lapisan Bawah

1 1/4 cawan tepung gandum
1 – 2 sb tepung ubi – jika suka
1/4 cawan gula
2 cawan santan sederhana cair
1 1/2 cawan jus pandan – blend 5 helai daun pandan dgn air.. tapiskan
Sedikit pewarna hijau
– gaul2 semua bahan atas sampai sebati.. tapiskan

 

Limas

 

Lapisan Atas

3/4 cawan tepung gandum*
2 1/2 cawan santan pekat*
1 sudu teh garam*
Gula – utk letak dlm kelonsong daun pisang
– gaul2 hingga sebati bahan*.. tapiskan
– susun kelongsong daun pisang dlm pengukus
– masuk 1 sk gula/ikut suka
– tuang 2 sb adunan hijau.. kukus 12 minit
– angkat pengukus tu.. biarkan seketika.. Boleh tuang 1 – 2 sb adunan putih.. Kukus 12 minit.. api sederhana besar
– sedia dihidang.. boleh juga kuih ni makan sejuk2 dari peti ais

P/s.. Akak buat kelongsong kuih ni sukat dgn 2 kotak mancis (kotak mancis tu akak gam/selotip)

kredit – MASAK APA HARI INI

Leave a Reply