PRN Johor: BN yakin dengan kewibawaan 14 calon wanita

Pilihan Raya Negeri Johor (PRN Johor) kali ini menunjukkan peningkatan daripada segi jumlah calon daripada kaum Hawa.

PRN kali ini menyaksikan seramai 37 calon wanita dan parti Barisan Nasional menyumbang angka paling banyak iaitu seramai 14 orang ornag calon wanita.

Calon BN, YB Nor Rashidah Ramli dan YB Rashidah Ismail merupakan calon yang diketengahkan BN untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka berdua pada 2018 masing-masing bagi kerusi DUN Parit Raja dan Pasir Raja.



Selain itu, BN juga mempertaruhkan calon termuda mereka, Kelly Chye Pei Yee, 26, di DUN Mengkibol.

Antara calon-calon lain ialah Noorfarah Shamsudin bagi DUN Maharani, Norlizah Noh (Johor Lama), Haslinda Salleh (Tenang), Khairin Nisa Ismail (Serom), Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Mahkota), Fauziah Misri (Penawar).

Kewibawaan 14 srikandi BN ini pastinya bakal membawa perubahan kepada penduduk setempat sekiranya mereka diberikan peluang untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing.

Jadi buat pengundi di Johor, mengundilah dengan bijak! – My-Tv Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button