PRN Johor: Marina Ibrahim positif COVID-19

Johor Bahru: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim disahkan positif COVID-19 menerusi ujian Kit Ujian Pantas (RTK) kendiri.

Sehingga kini sembilan calon disahkan positif ketika hanya berbaki hanya tiga hari bagi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) pada 12 Mac ini.

Marina menyatakan dia menjalani kuarantin di rumah dan kini menunggu hasil ujian Polymerase Chain Reaction (PCR).



Menurutnya, semangatnya untuk berkempen tidak luntur dan dia akan menggunakan pendekatan lain termasuk media sosial untuk berhubung dengan pengundi Skudai dalam tempoh kuarantin.

Katanya, pasukan kempennya akan terus meneruskan kempen walaupun dengan ketiadaannya secara fizikal.

Dia berkata demikian di media sosial Twitter di sini, hari ini.

Semalam, dua calon DUN bagi Mengkibol daripada Pakatan Harapan (PH), Chew Chong Sin, dan Perikatan Nasional (PN) Wong Chan Giap, disahkan positif COVID-19.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button