Tiga usahawan dinobat Ikon Usahawan SAY Lead Pro 2023

Tiga usahawan dinobat Ikon Usahawan SAY Lead Pro 2023

Tiga usahawan dinobat Ikon Usahawan SAY Lead Pro 2023

PETALING JAYA – Usahawan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami kecacatan fizikal kekal, Nor Zaidah Ab. Rahman dipilih sebagai Ikon Usahawan Selangor Youth Community (SAY) Lead Pro 2023.

Nor Zaidah yang mengusahakan produk batik dan tanjak menerusi jenama Zai Collection telah mengalahkan sembilan pencabar yang lain.



Lebih manis, anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sebuah majlis di sini hari ini.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Lailatol Mawa Mohd Noh yang juga usahawan cenderamata dan tempat ketiga milik usahawan minyak wangi, Nurzakiah Dzulkifli.

Ketiga-tiga usahawan OKU itu telah membawa pulang trofi dan geran tambahan sebanyak RM2,000.

Menerusi satu kenyataan, SAY berkata, pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini, seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Tengku Amir Shah.


“Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya.

“Di akhir pembentangan, tiga usahawan dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY Lead Pro 2023.

“Pemenang telah membawa pulang trofi Ikon Usahawan SAY Lead Pro 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000 seorang,”ujar SAY.



Terdahulu kata kenyataan itu, program tersebut bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi dan mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat.

Peserta kemudian diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan.-KOSMO! ONLINE

Tiga usahawan dinobat Ikon Usahawan SAY Lead Pro 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading