Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak

“Tiada Beli Baju Raya Anak-Anak”

Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak

Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak
Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa bekas suaminya sudah 11 bulan tidak menjenguk anak, malah persiapan raya juga tidak disediakan.

Hafidz Tidak Menolong Persiapan Raya

Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak
via Instagram Shuhada Shukri

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dipetik dari Berita Harian, Shuhada sendiri tidak kisah dengan perkara tersebut asalkan emosi anaknya Humairah dan Umar tak terjejas ketika sambutan Aidilfitri.

Saya tak pasti sama ada bekas suami nak jenguk anak-anak pada Aidilfitri. Saya lihat Humairah dan Umar seronok beraya di Perlis, banyak juga dapat duit raya.



Namun, saya kasihan juga pada Umar sebab sudah 11 bulan tak berjumpa dengan bapanya.

Tapi, Alhamdulillah, mereka tetap baik-baik sahaja.

Malah Shuhada juga mendedahkan bahawa Hafidz juga tiada menolong dalam persiapan Raya termasuklah membeli baju raya untuk anak-anaknya.

Tidak Menjejaskan Emosi Shuhada

Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak
via Instagram Shuhada Shukri

Shuhada juga turut memaklumkan bahawa tahun ini merupakan kali pertama dia beraya dengan status baharu sebagai sebagai ibu tunggal, namun gelaran tersebut tidak sedikit pun menjejaskan emosinya.



Rasa sayu jauh sekali, sebaliknya saya meraikan Hari Lebaran dengan penuh kesyukuran, ketenangan dan kebahagiaan walaupun memegang status baharu.

Mengulas sambutan Aidilfitri tahun ini, Nurul Shuhada bersyukur dapat meraikan bersama anak-anaknya, Humairah dan Umar.

Sebagai rekod, sebelum ini Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.



Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading