Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia

Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia

Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia
TANDAS awam di sebuah pusat beli-belah di China ini dianggap antara tercantik di dunia. FOTO Agensi

Beijing: Reka bentuk dan hiasan dalaman menarik menjadikan ruang tandas awam di sebuah pusat beli-belah di China, dianggap antara tercantik di dunia.

Oddity Central melaporkan, tandas itu direka bentuk oleh X+Living iaitu firma seni bina yang berpangkalan di Shanghai.

Terletak di tingkat enam pusat beli-belah Deji Plaza di Nanjing, ia membuatkan orang ramai berasas seperti berada di dalam istana, dengan koridorrnya dipenuhi tumbuhan yang keluar dari dinding.

Ia juga dilengkapi dengan lampu gergasi yang menyinari dari atas, dan dengan cahaya yang memantul di lantai berkilat.



Di penghujung koridor, terdapat ruang istirahat lengkap dengan sofa yang diilhamkan oleh kelopak bunga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan


Di situ, individu boleh menunggu rakan mereka yang menggunakan tandas.



Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia
DI penghujung koridor, terdapat ruang istirahat lengkap dengan sofa yang diilhamkan oleh kelopak bunga. FOTO Agensi

Tandas untuk lelaki dan wanita menampilkan hiasan lengkap dengan sinki berinspirasikan air pancut yang diletakkan pada ketinggian berbeza. Ia menjadikannya mudah dicapai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

“Tandas di pusat beli-belah adalah ruang awam yang terbuka kepada semua orang.

“Ia memberi mereka ruang untuk berehat atau menyusun semula diri mereka.

“Ketika proses reka bentuk, saya tidak begitu mahu mereka bentuknya sebagai ruang berfungsi sahaja.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan


“Jadi, saya cadangkan lebih penekanan pada reka bentuk tandas supaya mencerminkan penjagaan kemanusiaan di sudut yang tidak dijangka di pusat beli-belah.

“Itulah sebabnya kami menghasilkan konsep ‘taman santuari’,” kata pereka, Li Xiang.



Banyak yang menarik pada tandas itu, daripada abstrak geometri dan bentuk yang diilhamkan daripada bunga dan serangga, sehingga kepada kerusi mewah serta banyak jalur LED.

Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia
TANDAS itu terletak di tingkat enam pusat beli-belah Deji Plaza di Nanjing. FOTO Agensi

Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button