Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram

Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram

Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram
Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram

Baghdad: Akses kepada Telegram yang disekat oleh kerajaan Iraq pada 6 Ogos, dibuka semula mulai 13 Ogos, menurut Kementerian Komunikasi pada Sabtu.

Larangan itu ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Mohammad Shiya al-Sudani, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan kementerian itu.

“Larangan itu ditarik balik selepas syarikat pemilik aplikasi itu bersetuju ke atas permintaan pihak berkuasa keselamatan untuk mengenal pasti pihak yang membocorkan data rakyat,” menurut kenyataan itu.



Iraq tidak menentang kebebasan bersuara, tetapi syarikat aplikasi media sosial mempunyai komitmen untuk menghormati undang-undang dan keselamatan negara dalam perlindungan data pengguna,

Pada 6 Ogos, Kementerian Komunikasi menyekat akses kepada Telegram “atas permintaan pihak berkuasa peringkat tinggi negara itu bagi mencegah kebocoran dokumen peribadi milik negara dan melindungi data peribadi warganegara.”

Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading