Lima remaja pamer aksi bahaya ditahan


Supt Tok Beng Yeow

14/02/2021 10:59 PM

JOHOR BAHRU, 14 Feb — Keseronokan lima remaja melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal tidak bertahan lama apabila mereka ditahan dalam operasi di Lebuhraya Link Kedua, Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata, dalam Operasi Samseng Jalanan, Skuad 42 Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kulai, menahan remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang melakukan aksi ‘Sperman’ pada jam 10.30 malam.



‘Semasa operasi itu, remaja berkenaan menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan serta kedua-dua kali ke belakang,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Dalam operasi itu, sebanyak 26 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sementara lima buah motosikal turut disita.

Semua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Awas- Bahaya Vaksin Seludup




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading