Rakyat perlu belajar semula “ikat perut”

Keadaan ekonomi yang baru memulakan perjalanan untuk pulih kini berdepan dengan situasi yang menakutkan. Rakyat bakal berdepan ‘mimpi ngeri’ untuk belajar semula “ikat perut” bila kekukuhan wang Malaysia semakin merosot.

Pada 2018, rakyat telah diminta untuk mengikat perut oleh Perdana Menteri Pakatan Harapan,Tun Mahathir. Cadangan tersebut disertakan dengan dakwaan hutang negara yang tinggi. 



Bagaimanapun, seksa rakyat berlalu selepas Pakatan Harapan tidak lagi menjadi kerajaan selepas 22 bulan memerintah, tetapi rakyat umpama terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau.

Sekali lagi rakyat diuji ‘perut’ mereka, bila Perikatan Nasional memerintah. Kegagalan kerajaan PN menghayati denyut rakyat menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan mata pencarian.

Permainan politik PN yang mahu kekal menguasai Putrajaya telah menyebabkan seluruh negara tidak tahu kemana mengalirnya beratus billion ringgit wang rakyat dalam tempoh darurat.

 



RAKYAT HANYA ‘MANGSA’ KUASA POLITIK?

Setiap kali bertukar kerajaan, rakyat akan dimangsakan dengan dasar baru yang tidak memberi manfaat buat mereka. Apa salah rakyat kepada kerajaan?

Adakah jasa rakyat hanya ditagih setiap kali menjelang pilihanraya umum untuk memberi kuasa kepada ahli politik?



Lihat sahaja bagaimana Menteri Kabinet menangani masalah kenaikan harga barang keperluan yang melambung. Para Menteri begitu gigih berusaha untuk mengeluarkan kenyataan demi kenyataan sedangkan realitinya langsung tidak membantu rakyat.

Cadangan serta peringatan yang pernah diberikan oleh Najib Razak berkaitan pentingnya mengawal harga barang keperluan untuk memenuhi permintaan hanya dipandang enteng.

Kini, apabila harga tidak terkawal dan permintaan tidak dapat dipenuhi, rakyat akan menjadi mangsa?



Rakyat akan dipaksa untuk mengikat perut hanya untuk membantu kerajaan yang dipenuhi barisan menteri yang cukup bijak beretorika dalam mengeluarkan kenyataan?

Muhyiddin bakal kembali jadi Perdana Menteri?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading