Saga terjunam dalam longkang

PENAMPANG: Seorang pemandu dan tiga penumpang cemas apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang di Jalan Towering, di sini, awal pagi tadi.

Mereka terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.58 pagi sebelum menghantar lapan anggota dan pegawai ke lokasi.

“Setiba di lokasi, semua mangsa masih berada di dalam kenderaan dan seterusnya dibantu keluar oleh pasukan operasi. Mereka menerima rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BHOnline

Leave a Reply