Wanita terselamat selepas kereta terbabas, terbakar

KUALA LUMPUR: Seorang wanita sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim berhampiran Terowong Duta menghala ke pusat bandar, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun dipercayai hilang kawalan menyebabkan PERODUA Myvi dipandunya terbabas ke sebelah kiri lebuh raya sebelum terbakar.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur memaklumkan sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah bersama sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada mangsa melalui sistem MERS999 pada jam 9.22 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Irdayu Ishak, berkata setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta yang berada di bahu jalan sedang terbakar.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh tujuh minit dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 90 peratus.

“Pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri dan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, hari in

BHOnline

Leave a Reply