Tiga dalang kes samun berkumpulan ditangkap

Tiga dalang kes samun berkumpulan ditangkap

Tiga dalang kes samun berkumpulan ditangkap
Barang rampasan dari tangkapan tiga suspek lelaki yang disyaki mendalangi kegiatan samun berkumpulan, Ahad lalu. NSTP/Ihsan Polis

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki mendalangi lima kes samun berkumpulan di sekitar Lembah Klang dalam serbuan berasingan di Damansara dan Petaling Jaya dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata tangkapan dibuat pihaknya hasil siasatan satu kes samun yang berlaku di sebuah rumah di Taman Pelangi di sini, pada 25 Februari lalu.



“Mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun bekerja sebagai guru. Ketika kejadian mangsa yang berada di dalam bilik, ditumbuk di muka, dipukul di bahagian leher dan diikat dengan menggunakan wayar.

“Satu telefon bimbit, seutas jam tangan, kad bank dan juga wang tunai bernilai RM 6,000 berjaya dilarikan suspek dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, hasil siasatan dijalankan, polis berjaya menahan tiga suspek lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 35 tahun di Damansara dan juga Petaling Jaya, Selangor dalam operasi bermula jam 12.30 tengah hari hingga 5.15 petang, Ahad lalu.

“Susulan tangkapan dilakukan, pihak polis berjaya merampas seutas jam tangan milik mangsa, dua telefon bimbit pelbagai jenama, serangkai anak kunci, sebuah motosikal dan beberapa helai pakaian yang digunakan oleh suspek ketika kejadian.



“Hasil siasatan mendapati modus operandi kumpulan ini ialah melakukan samun secara berkumpulan dengan mensasarkan rumah yang berpenghuni,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tambah Eng Lai, semakan mendapati semua suspek ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan direman empat hari sehingga hari ini.

“Ekoran daripada tangkapan ini, Polis Kuala Lumpur berjaya menyelesaikan empat kes di Kuala Lumpur dan satu lagi kes di Selangor.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh didenda atau sebat.



Dalam pada itu, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan sebarang kes jenayah di minta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222.

Dadah dalam peket ‘jus limau’ antara rampasan

Tiga dalang kes samun berkumpulan ditangkap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button