Motosikal bertembung, koperal polis dan jururawat maut

Motosikal bertembung, koperal polis dan jururawat maut

Motosikal bertembung, koperal polis dan jururawat maut
Kemalangan di Jalan Tun Sardon, di sini, menyebabkan anggota polis dan jururawat maut selepas motosikal ditunggangi bertembung satu sama lain. – Foto tular

BALIK PULAU: Dua maut membabitkan masing-masing seorang anggota polis dan jururawat selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 pagi ketika motosikal ditunggang Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, dalam perjalanan dari arah Relau menuju Balik Pulau, manakala motosikal ditunggang Norsyazwani Roslan, 30, datang dari arah bertentang.

Akibat pertembungan itu, Muhammad Zohair yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Sementara Norsyazwani yang bertugas di Hospital Bertam turut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi mendapat rawatan lanjut, sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Jururawat maut kereta bertembung lori

Motosikal bertembung, koperal polis dan jururawat maut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button