DUN Kedah lulus had umur perkahwinan perempuan kepada 18 tahun

ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.

Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat, berkata pindaan enakmen itu membabitkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau denda RM1,000 sebelum ini.

“Sekiranya mereka hendak kahwin juga, ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan berkahwin walaupun dia berumur 16 tahun, maka dia boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah.



“Kalau tanpa kebenaran mahkamah mereka kena denda,” katanya ketika ditemui selepas persidangan DUN itu di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Dalam pada itu, Juhari berkata beliau menolak usul tergempar berkaitan isu banjir dan fenomena kepala air di Baling dan Yan yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Dr Ismail Salleh daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) atas faktor tidak mengikut peraturan Dewan.

Katanya, notis berkaitan usul itu diberikan dalam tempoh singkat iaitu tidak mengikut peraturan 14 hari bagi usul biasa, manakala usul tergempar dan penting memerlukan masa dalam tempoh tujuh hari serta usul sangat penting dengan kebenaran Menteri Besar Kedah boleh dibuat dalam sehari.

“Jadi tidak bolehlah kita nak buat usul persendirian itu memerlukan tempoh seperti yang saya sebutkan tadi tetapi kalau mahu bekerjasama dengan pejabat Menteri Besar (Kedah) bolehlah dikemukakan usul tergempar dalam tempoh 24 jam,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading