Azeem tenang pecah rekod 200m di Bukit Jalil [VIDEO] 

Azeem tenang pecah rekod 200m di Bukit Jalil

Azeem tenang pecah rekod 200m di Bukit Jalil
AZEEM sempat melayan peminatnya di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang pulang ke Malaysia untuk menikmati aksi pemanas badan berjaya memecahkan rekod pada Kejohanan Olahraga Terbuka SAECA-SSBJ Innotex 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Biarpun hanya memberi separuh tenaga pada kejohanan itu, pelari berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tersebut tenang berjaya memecahkan rekod dengan catatan 21.99 saat (s).

Keputusan tersebut membolehkan dia memperbaharui rekod kejohanan 22.17s yang dilakukan Muhd. Syarul Adli pada 2019.



Namun, catatan itu bagaimanapun masih jauh daripada catatan rekod kebangsaan 20.77s yang dicatatkan Russel Alexander Nasir Taib di Queensland Track Classic pada tahun 2019.

“Sebelum saya ke sini, jurulatih memberitahu supaya tidak memberikan 100 peratus kerana dalam peralihan pra musim. Saya akan mulakan musim baharu pada Januari nanti.

“Jadi saya hanya perlu menunggu sehingga masa sesuai dan sebab itu saya perlahankan larian tadi kerana saya hanya mahu dapatkan momentum dan perasaan kejohanan sahaja,” kata Azeem sejurus berakhir acara tersebut.

Selepas berakhir kejohanan tersebut, Azeem berkata dia memanfaatkan cuti yang diberikan oleh jurulatihnya untuk balik ke Ipoh, Perak sebelum berdepan jadual padat tahun depan.



“Selepas ini saya akan menghabiskan masa bersama keluarga, jurulatih, rakan-rakan kerana sebelum ini saya terlalu sibuk dengan jadual kejohanan.

“Jadi, saya akan memanfaatkan masa ini dengan baik sebelum memberi tumpuan pada musim depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Azeem tenang pecah rekod 200m di Bukit Jalil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker