Penebar roti canai wanita disamun, rogol sebelum dibunuh

Penebar roti canai wanita disamun, rogol sebelum dibunuh

Penebar roti canai wanita disamun, rogol sebelum dibunuh
Mayat penebar roti canai wanita yang disamun, dirogol dan dibunuh di Kampung Pisang, hari ini. – Foto PDRM

LAHAD DATU: Penebar roti canai wanita bukan sahaja disamun, dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya ditemui di dalam semak di Kampung Pisang, di sini, hari ini.

Lebih menyedihkan, wanita berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan separuh bogel oleh ahli keluarganya, jam 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada jam 8.26 pagi.



Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat wanita warga asing itu ditemui oleh ahli keluarganya kira-kira 600 meter dari rumahnya.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala dipercayai akibat hentakan objek tumpul.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti




“Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani yang ditemui pada kemaluannya,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, polis mendapati telefon bimbit dan wang tunai di dalam dompet mangsa juga hilang.

“Menurut saksi, mangsa yang juga ibu kepada lima anak terbabit keluar dari rumahnya pada jam 6.15 pagi untuk pergi bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah restoran.

“Suami mangsa bekerja di Semenanjung dan mangsa seperti rutin hariannya menggunakan laluan pejalan kaki di sebuah kawasan semak kebun pisang berkenaan untuk pergi dan balik kerja.



“Bagaimanapun, pemilik restoran berkenaan menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui keberadaannya.

“Sangsi dengan makluman itu, ahli keluarga mangsa kemudian berusaha mencarinya, sebelum menemui mayatnya di kawasan semak berkenaan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi Balai Polis berhampiran.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Asisten Superintendan Khairuddin Husain di talian 013-9071709,” katanya.

Penebar roti canai wanita disamun, rogol sebelum dibunuh

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button