Bilik pameran e-skuter terbakar di India, 8 maut, 11 cedera
Bilik pameran e-skuter terbakar di India, 8 maut, 11 cedera
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 11 lagi cedera dalam kebakaran yang bermula di sebuah bilik pameran skuter elektrik (e-skuter) di India.
Menurut polis, kebakaran itu dipercayai bermula di tingkat bawah bangunan hotel yang menempatkan sebuah bilik pameran dengan puluhan e-skuter.
Kebakaran yang berlaku di bandar selatan Secunderabad itu semalam bagaimanapun berjaya dipadamkan dan pihak polis ketika ini sedang menjalankan siasatan.
Ini adalah tragedi terburuk dalam siri kebakaran membabitkan e-skuter tahun ini, sekali gus mengejutkan kerajaan India yang kini ghairah mempromosikan e-skuter sebagai usaha menangani pencemaran udara.
“Siasatan awal mendapati wujudnya masalah pada sel dan model bateri yang menjadi antara punca utama kebakaran itu berlaku,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Ramli Ugut Pemimpin UMNO
- Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib
-
Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Agak Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata
Kebanyakan mangsa terkorban dalam kebakaran itu adalah pengunjung hotel yang maut akibat terhidu asap.
Pasukan polis dan bomba menggunakan kren serta peralatan lain untuk menyelamatkan pelanggan hotel yang terkandas di tingkat atas bangunan empat tingkat itu ketika kebakaran.
“Mereka yang menginap di tingkat satu dan dua diselubungi asap serta ramai yang maut adalah dari tingkat berkenaan,” kata Ketua Polis bandar berhampiran Hyderabad, CV Anand.
Katanya, polis masih sedang menyiasat pengedar dan jenama skuter terbabit dalam kebakaran itu.
Perdana Menteri, Narendra Modi, menyuarakan kesedihan atas kematian terbabit dan menjanjikan pampasan kepada keluarga mangsa.
Mac lalu, India melancarkan siasatan terhadao keselamatan e-skuter selepas berlaku beberapa kes kebakaran membabitkannya termasuk satu kes di mana seorang lelaki dan anak perempuannya rentung selepas e-skuter mereka tunggang terbakar.
India menyasarkan e-skuter dan e-motosikal mencapai 80 peratus daripada jualan kenderaan dua roda menjelang 2030, daripada hanya sekitar dua peratus sekarang. – REUTERS
Bomba ambil masa lebih tiga jam padam kebakaran rumah, kilang
Bilik pameran e-skuter terbakar di India, 8 maut, 11 cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- War Cabinet Akan Di Bentuk Selepas 28 September 2022?
- Jangan Manipulasi Titah Agong
- Mesyuarat MKT UMNO Di Tangguhkan
- “Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :