Bot bersama 22 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara

Bot bersama 22 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara

Bot bersama 22 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara
Sekumpulan 22 nelayan bersama tekong warga Indonesia yang ditahan bersama bot dinaiki mereka kerana menceroboh perairan negara. – Foto ihsan Maritim Malaysia

GEORGETOWN: Sebuah bot bersama 22 nelayan asing warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang semalam, selepas disyaki menceroboh perairan negara.

Bot terbabit ditahan hasil rondaan bersepadu Op Benteng Laut di kedudukan 51.9 batu nautika barat daya Pulau Kendi, pada jam 2.50 petang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata bot dan nelayan asing itu ditahan ketika melakukan aktiviti menangkap ikan.



Katanya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan seramai 22 nelayan warga Indonesia termasuk tekong berusia antara 20 hingga 56 tahun.

“Ketika diperiksa, mereka didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau pasport.

“Bot dan semua nelayan terbabit kemudian ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bot bersama 22 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara
Bot membawa 22 nelayan dan tekong warga Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara. – Foto ihsan Maritim Malaysia

Abd Razak berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan, selain Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa pas sah.



Orang ramai terutama komuniti nelayan boleh menyalurkan sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau kecemasan di laut menerusi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 



Bot bersama 22 nelayan warga asing ditahan ceroboh perairan negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button