Pasangan kekasih antara 6 ditahan terbabit kes pecah rumah



Pasangan kekasih antara 6 ditahan terbabit kes pecah rumah

Pasangan kekasih antara 6 ditahan terbabit kes pecah rumah
Agus Salim menunjukkan barangan dirampas daripada enam individu termasuk pasangan kekasih terbabit kes pecah rumah dan curi kenderaan pada sidang media di IPD Sabak Bernam, hari ini. NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

SUNGAI BESAR: Sepasang kekasih antara enam individu ditahan polis selepas disyaki terbabit kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah Sabak Bernam sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di lokasi berasingan dengan lelaki itu ditahan pada 5 September lalu.

Beliau berkata, pihaknya terlebih dulu menahan seorang wanita di sebuah rumah di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 25 Ogos lalu.



“Tangkapan awal itu kemudian membongkar kepada kegiatan pecah rumah dilakukan bersama dengan teman lelakinya dan empat lelaki lain.

“Polis kemudian menahan empat lelaki berusia lingkungan 17 hingga 54 tahun di dua lokasi berasingan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Agus Salim berkata, rentetan penahanan itu, polis berjaya merungkai kegiatan kes pecah rumah dan curi kenderaan didalangi kekasih wanita terbabit yang juga orang pengawasan polis (OPP).


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Suspek ditahan di sebuah rumah di Kluang, Johor pada jam 12 tengah hari pada 5 September lalu. Dia menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) dari Kluang ke Sabak Bernam pada 20 Disember tahun lalu kerana sebelum ini terbabit jenayah sama di daerah itu.



“Bagaimanapun, suspek kembali aktif pada Ogos lalu dan melakukan kegiatan itu bersama penduduk tempatan,” katanya.

Agus Salim berkata, hasil semakan terhadap suspek utama mendapati dia mempunyai 43 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.

Selain itu, katanya, semua suspek menjalani ujian air kencing dan empat daripadanya termasuk pasangan kekasih itu positif dadah jenis Methamphetamine.

“Dengan penahanan semua suspek, polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan tiga kes curi kenderaan sepanjang tempoh sebulan lalu.



“Polis turut merampas pelbagai barangan termasuk dua motosikal dan sebuah kereta Proton Wira Aeroback membabitkan nilai keseluruhan RM25,000,” katanya.

Agus Salim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 15 (2) (f) Akta Pencegahan Jenayah 1959 kerana melanggar syarat pengawasan polis.

 

Rakyat Enggan Tertipu Lagi – Abdul Rahman

Pasangan kekasih antara 6 ditahan terbabit kes pecah rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker