Ayie Floor88 kecewa pinjaman kereta tak lulus

rupanya isteri buat ‘prank’ kejutan hadiah hari jadi

Ayie Floor88 kecewa pinjaman kereta tak lulus

Ayie Floor88 kecewa pinjaman kereta tak lulus
Ayie terkejut dihadiahkan sebuah kereta oleh isteri tercinta.

VOKALIS kumpulan Floor 88, Ayie terkejut apabila menerima kejutan hadiah berupa sebuah kereta daripada isteri tercinta, Tasha Awie sempena menerima ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menurut Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadhlee Elhamshah, 25, sudah lama dia mengimpikan untuk memiliki kenderaan baharu yang lebih besar sesuai dengan kehadiran cahaya mata sulung.

Cerita Ayie, pada awalnya dia sudah berhasrat membeli kereta baharu, namun dimaklumkan pinjaman kenderaan yang dimohon tidak diluluskan.



“Saya berasa kecewa setelah diberitahu bahawa pinjaman kereta tidak diluluskan. Mula-mula fikir macam tak percaya juga kerana rasanya semua tidak ada masalah.

“Tetapi dalam masa sama saya reda sekiranya belum ada rezeki untuk menukar kereta baharu,” katanya kepada mStar.

Ayie Floor88 kecewa pinjaman kereta tak lulus
Menganggap hadiah kereta baharu sebagai rezeki anak dan isteri.

Namun kesedihan itu tidak lama apabila isterinya membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama Perodua Ativa sempena ulang tahun kelahirannya pada 7 September lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Rupa-rupanya Tasha sudah bersepakat dengan penjual kereta untuk memberitahu bahawa pinjaman bank tidak diluluskan dan urusan deposit diuruskan olehnya sendiri.



Malah, mereka menamakan Perodua Ativa itu sebagai ‘ShanDa’ iaitu gabungan nama anak dan isterinya, Tasha dan Amanda.

“Saya betul-betul tak sangka isteri saya buat kejutan dengan memberikan hadiah istimewa ini.

“Hampir sahaja saya berputus asa dan menganggap sudah tidak ada rezeki untuk membeli kereta baharu, tiba-tiba isteri pula buat kejutan,” ujarnya.

Ayie Floor88 kecewa pinjaman kereta tak lulus
Ayie menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 pada 7 September lalu.

Sementara itu, penyanyi lagu Hutang ini juga mengakui sejak berumah tangga rezekinya semakin mencurah-curah.



Malah, dia juga mengganggap hadiah kereta itu sebagai rezeki anak dan isterinya.

“Ini rezeki anak dan isteri saya. Terima kasih isteriku atas suprise hadiah hari jadi ni. Semoga kita diberikan kebahagiaan, rezeki kita semakin bertambah,” tulis Ayie di laman Instagram.

Untuk info, Ayie dan Tasha sah bergelar suami dan isteri pada 21 Oktober 2021 dengan sekali lafaz di Masjid Ukay Perdana, Ampang.

Pasangan ini menerima cahaya mata pada 23 Julai 2022 yang diberi nama Nayla Amanda.



Tuah suara seperti Jep Sepahtu

Ayie Floor88 kecewa pinjaman kereta tak lulus


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button