Keli Balado
Keli Balado
Jom kita masak ikan keli goreng balado kali ni. Ada tips untuk dapatkan ikan keli goreng yang rangup dan juga tak meletup bila digoreng. 13 tahun lepas Che Nom pernah goreng tapi letupan dia masyaAllah macam nak perang. Sekarang baru ada keberanian nak cuba semula.
Memang hasil nya sangat memuaskan kali ni. Sambal pula Che Nom masak menggunakan cili fresh, dan masak sambal balado yang simple tapi sedap sungguh kalau makan panas-panas dengan nasi.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan keli goreng:
- 4-5 ekor ikan keli
- 2 sk serbuk kunyit
- Sedikit garam
- Tepung beras
- 3 sb tepung gandum, utk mencuci
- 3 bijil limau kasturi, utk mencuci
- 1 asam gelugor
- Bahan-bahan sambal balado:
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah besar
- 5-7 biji cili merah
- 6-10 tangkai cili padi merah
- ½ biji tomato
- ½ inci belacan
- 2 sb sos tiram
- 1-2 sb air asam jawa
- 3 helai daun limau purut
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Perasa, jika suka
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk Sambal balado:
- Kisar kasar bawang putih, bawang merah besar, cili merah,dan cili padi merah.
- Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar kasar sehingga layu dan naik bau.
- Masukkan belacan, sos tiram, air asam jawa, hirisan tomato, daun limau purut, gula dan garam secukup rasa serta serbuk perasa (pilihan).
- Cara-cara untuk keli goreng:
- Cuci ikan keli sehingga hilang lendir dan bau hanyir lalu kelar kedua-dua belah bahagian ikan.
- Gaul sekata serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan keli. Perap seketika.
- Gaul dan salutkan ikan keli dengan tepung beras.
- Panaskan minyak masak dan goreng ikan keli sehingga masak.
- Cara-cara untuk Keli Balado:
- Angkat ikan keli dan toskan minyak.
- Taburkan sambal balado diatas ikan keli goreng.
- Kemudian, keli balado siap untuk dihidang dan lebih sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Tip:
- Cara untuk hilangkan lendir dan hanyir pada ikan keli adalah dengan membasuh ikan keli dengan 3 atau 4 sudu besar tepung gandum. Selepas hilang lendir, perah jus limau kasturi / limau nipis / cuka / asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan keli. Biarkan ikan keli lebih kurang 10-15 minit lalu bilas sebelum disalut tepung.
- Jika mahukan ikan keli goreng lebih rangup, kelarkan kedua belah bahagian ikan hingga ke tulang.
- Jika tidak mahu masukkan belacan, boleh masukkan sos tiram sahaja.
- Tepung beras adalah petua bagi mengelakkan minyak meletup ketika menggoreng ikan keli dan ikan keli goreng akan menjadi lebih rangup. Selain tepung beras, boleh juga gaulkan cuka untuk rangupkan tekstur ikan keli goreng.
- Petua lain supaya minyak tidak meletup adalah dengan memasukkan asam keping, hirisan halia ataupun sedikit taburan tepung beras kedalam minyak panas sebelum menggoreng ikan keli.
Cucur Udang Rangup Tanpa Air Kapur
Keli Balado
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :