Jamal Abdillah tak pernah tanda tangan sebarang perjanjian ke Singapura
“Bukan masalah saya Roslan Shah kena bayar ganti rugi”


“Lebih sejam kami berbual di telefon… sebelum itu, dia hanya menghubungi staf saya untuk menawarkan jemputan berkenaan tetapi saya tidak pernah memberikan persetujuan. Entah mengapa dia nak tempah hotel, buat iklan dan buat pengumuman di media bahawa saya terlibat.
“Sudah banyak kali saya ulang, tapi itulah, bebal si Roslan ini, dia mahu juga saya datang. Mungkin dia (Roslan) ada agenda sendiri atau mahu kaut keuntungan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Terdahulu, menerusi temu bual bersama mStar, Roslan mendakwa dia terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM33,000 kepada pihak penganjur Pameran Pengantin Expo Singapura susulan Jamal membatalkan kehadirannya di saat akhir sebelum acara berlangsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
Roslan berperanan sebagai pembantu acara bagi expo itu yang bertanggung jawab menguruskan artis.
Mengulas mengenai ganti rugi yang dinyatakan Roslan, Jamal menegaskan itu bukan tanggung jawabnya kerana sejak awal dia sudah memaklumkan tidak dapat menyertai program berkenaan.
Sudah tentu saya rasa marah apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya – DATUK JAMAL ABDILLAH PENYANYI
“Dia kena bayar ganti rugi, bukan masalah saya. Sekiranya saya ada tanda tangan perjanjian maka barulah ia jadi tanggung jawab saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.
“Sudah tentu saya rasa marah apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya,” jelas Jamal.
Sementara itu, Jamal memberitahu dia telah meminta anak lelakinya, Yamani Abdillah untuk tampil mengadakan persembahan di Singapura untuk tidak mengecewakan peminat memandangkan namanya telah disenaraikan sebagai artis yang akan hadir membuat kemunculan istimewa.

Perkara itu dilakukan kata Jamal kerana memikirkan namanya telah diwar-warkan akan hadir dan sekurang-kurangnya kehadiran Yamani sebagai wakil dirinya.
Dalam perkembangan lain, Jamal memberitahu bakal mengadakan sebuah konsert di Singapura pada 31 Disember depan dan 1 Januari 2023.
Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
Jamal Abdillah tak pernah tanda tangan sebarang perjanjian ke Singapura
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
- PRU15 ; Ismail Sabri mahu calon pilihannya disenaraikan?
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
- Rafizi jaguh ‘Bongkar” Cop Ayam , takut bongkar skandal rasuah Zeti dan Nazlan.
- Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?
- Apa Hak Majlis Peguam Untuk Memberikan Arahan Kepada YDP Agong!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO