Peria Goreng Rangup
Peria Goreng Rangup
Resepi peria goreng yang sangat rangup dan sedap. Che Nom rujuk kepada blog Allahyarham Mamak Haji, yang memang tak pernah lokek berkongsi ilmu masakan..memang sumber rujukan tetap kalau nk belajar masakan style mamak. Dalam video juga Che Nom kongsikan TIPS untuk cara gorengan supaya peria goreng kita tu nanti tahan lama rangupnya.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk peria goreng:
- 4-5 biji peria katak
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar serbuk cili
- sudu kecil garam
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
- kiub ayam
- sudu kecil lada hitam
- sedikit garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar santan pekat
- air sejuk, secukupnya untuk kepekatan salutan
- sudu kecil baking powder
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk peria goreng super rangup:
- Hiris nipis peria katak.
- Masukkan tepung beras, serbuk cili, sedikit garam sekaligus didalam mangkuk dan kacau. Kemudian, celup dan salut kepingan peria dengan dengan bahan tersebut.
- Bagi bancuhan salutan, masukkan tepung gandum, tepung jagung atau tepung ubi, kiub ayam, serbuk lada hitam, garam dan lebihan salutan tepung peria (jika ada). Lalu, masukkan telur dalam adunan dan santan pekat (pilihan).
- Bancuh adunan dengan air sejuk dan kacau sehingga kesemua bahan sekata.
- Tambah sudu kecil baking powder (pilihan) dan tambah air sejuk jika adunan terlalu pekat.
- Panaskan minyak dan gunakan api yang sederhana untuk menggoreng.
- Celup kepingan salutan peria kedalam adunan dan goreng dengan masa yang lama serta mengacaunya dengan kerap sehingga ia cukup kekuningan.
- Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, peria goreng super rangup siap dihidang.
Tip:
- Bagi mengurangkan rasa pahit peria, gaulkan ia dengan sedikit garam selama 10-15minit. Kemudian, bilas dengan air dan keringkan peria.
- Peria goreng yang rangup adalah daripada cara gorengan yang betul dengan api yang sederhana dan kerap kacau. Jika menggunakan api yang kuat ia mengakibatkan peria masak perang di luar tapi dalam masih lembik dan erangupan juga tak bertahan lama.
Cucur Udang Rangup Tanpa Air Kapur
Peria Goreng Rangup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?