Remaja hilang dalam hutan

Remaja hilang dalam hutan

Remaja hilang dalam hutan
Remaja lelaki, Norhisham Saifudin, 18, yang dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Temalir. – NSTP/Ihsan JBPM

KUALA KRAI: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan hilang di Kampung Temalir, kira-kira jam 4.45 petang semalam, selepas dipercayai melarikan diri ke dalam hutan.

Difahamkan, abang mangsa memaklumkan adiknya, Norhisham Saifudin melarikan diri ke dalam hutan di belakang rumah dan gagal dikesan.

Dalam pada itu, sejak semalam penduduk kampung berusaha mencari mangsa, namun tidak juga ditemui menyebabkan ahli keluarga membuat laporan kepada pihak polis, hari ini.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.17 petang tadi.

“Operasi SAR turut dijalankan bersama polis, selain dibantu oleh unit anjing pengesan (K9) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Remaja hilang dalam hutan
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang dilaporkan hilang dipercayai melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Temalir. – NSTP/Ihsan JBPM

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



Semuanya menyembah bumi sekelip mata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button