Semuanya menyembah bumi sekelip mata



Semuanya menyembah bumi sekelip mata

Semuanya menyembah bumi sekelip mata
PENDUDUK memeriksa rumah mereka yang rosak akibat gempa bumi di Cianjur, Indonesia. – AFP

CIANJUR: Pasukan keselamatan bertarung dengan masa untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan, sehari selepas gempa bumi sederhana berukuran 5.6 Richter melanda Jawa Barat.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 268 orang terkorban dan lebih 300 cedera, selain angka korban dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Pusat gempa direkodkan di kawasan darat berhampiran pekan Cianjur yang terletak di kawasan pergunungan.



Dalam tempoh singkat, hospital di pekan ini dipenuhi dengan mangsa yang cedera sehingga mencetuskan kesesakan, menyebabkan ada sebahagiannya dihantar ke hospital di Bandung untuk menerima rawatan.

“Semuanya runtuh sekelip mata. Dua anak saya terselamat dengan seorang lagi hilang,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Cucu kepada Reuters.

Pada pagi semalam, ratusan anggota polis ditempatkan di kawasan terjejas bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap polis, Dedi Prasetyo berkata, tugasan utama adalah untuk mencari mangsa yang terperangkap.



Dalam pada itu, Gabenor Jawa barat, Ridwan Kamil memaklumkan, kebanyakan mangsa korban adalah kanak-kanak.

Beliau juga memberi amaran masih ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang sukar diakses.

Keadaan itu menyebabkan operasi SAR menjadi sukar.

TANAH RUNTUH, ELEKTRIK PUTUS

Selain itu, kawasan yang terjejas akibat gempa turut dilanda bencana tanah runtuh, malahan bekalan elektrik juga terputus.



Sehingga kini, lebih 80 gempa susulan direkodkan dan keadaan itu menyebabkan situasi belum stabil.

Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) menyatakan, sekurang-kurangnya 2,200 kediaan musnah dan lebih 5,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

MANGSA DIKENAL PASTI

Polis Indonesia memaklumkan, hampir 90 peratus identiti mangsa korban gempa tersebut sudah dikenal pasti.

Jelas Dedi, tinggal segelintir sahaja lagi mangsa yang belum dikenal pasti identiti mereka dan perkara itu dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.



Katanya, mangsa korban yang sudah dikenal pasti akan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk pengebumian.

KEDALAMAN PUSAT GEMPA CETEK

Sementara itu, Badan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) menyatakan, gempa bumi yang berlaku di Cianjur menyebabkan kemusnahan yang besar dan meragut banyak nyawa disebabkan tahap kedalaman pusat gempa yang disifatkan cetek.

Selain itu, bentuk muka bumi di kawasan pergunungan menyebabkan banyak kediaman dibina di kawasan yang tidak rata.

“Apabila berlaku gegaran pada kedalaman yang cetek, kesan gempa itu boleh menyebabkan kemusnahan besar

“Rumah yang dibina di kawasan tidak stabil lebih mudah runtuh, sekali gus menyebabkan ramai penduduk cedera dan terkorban,” kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono.

Mesin ATM ‘rosak’, lelaki jadi jutawan sekelip mata

 

Semuanya menyembah bumi sekelip mata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker