Penduduk Amerika Selatan fasih bertutur bahasa Jawa

Penduduk Amerika Selatan fasih bertutur bahasa Jawa

Penduduk Amerika Selatan fasih bertutur bahasa Jawa
KETUA Pegawai Eksekutif Mustika Ratu di Suriname, Sylvani Kasanpawiro (kiri) dan Netty Astokarijo (kanan) dalam wawancara tentang Putri Jawa Suriname.- AGENSI

PARAMARIBO: Suriname yang merupakan sebuah negara kecil di Amerika Selatan mempunyai keunikan tersendiri kerana sebahagian penduduknya mampu bertutur dalam bahasa Jawa.

Suriname yang bersempadan antara Brazil dan Guyana merupakan bekas jajahan Belanda sama seperti Indonesia.

Penduduk di kawasan itu bertutur bahasa Jawa dalam kehidupan seharian kerana sebahagian penduduk dari suku Jawa di Indonesia pernah dipindahkan ke Belanda ketika zaman penjajahan dahulu.



Sebahagian daripada mereka masih berpegang teguh dengan prinsip supaya budaya Jawa dipertahankan hingga hari ini.

Disebabkan itu, sebahagian penduduknya masih menggunakan bahasa Jawa dalam kegiatan harian mereka.

Berdasarkan karya berjudul ‘Nasionalisme dan Gerakan Mulih Njowo, 1947 dan 1954’ yang diterbitkan Jurnal Sejarah Citra Lekha pada 2016, sejarah bermula sejak abad ke-15 lalu.

Wilayah Guyana ketika itu memiliki sumber alam yang melimpah-ruah seperti emas.

Disebabkan ekonomi kurang baik, pihak penjajah terpaksa mengambil buruh asing dari negara luar termasuk dari Jawa, Indonesia.



Pada abad ke-19, orang Jawa yang berada di Suriname bukan sahaja menjadi buruh kasar, tetapi bekerja di pejabat dan kementerian.

Bahkan, ramai juga orang Jawa di Suriname yang berpindah ke Belanda kerana khuatir akan didominasi bangsa asing.

Akhirnya, pada 25 November 1975, Suriname memperoleh kemerdekaan dari Belanda.

Indonesia dan Suriname juga saling membantu dalam aspek pembangunan negara serta menjalin hubungan diplomasinya sejak 1976.

Angie Yen mahir loghat Ireland selepas pembedahan tonsil



Penduduk Amerika Selatan fasih bertutur bahasa Jawa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button