Sama ada Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ



Sama ada Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ

Sama ada Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja - TMJ
Tunku Ismail dakwa isu kewangan jadi faktor di sebalik Teong Kim dan Perak memeterai perjanjian.

KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan hanya ada dua situasi yang memungkinkan Perak FC berjaya mengikat bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim sebagai jurulatih baharu pasukan itu.

Ketika menjawab soalan daripada penyokong dalam satu sesi temubual di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi, Tunku Ismail mendakwa isu kewangan disifatkan menjadi faktor Teong Kim dan The Bos Gaurus berjaya memeterai perjanjian.

“Sama ada Perak betul-betul kaya ataupun dia (Teong Kim) terima gaji lebih kecil kerana tiada kerja. Itu sahaja ceritanya.



“Saya ‘very straightforward’, ” kata Tunku Ismail secara ringkas.

Terdahulu, Tunku Ismail pernah mendedahkan gaji yang tinggi diperlukan untuk mengupah bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu dengan JDT pernah berdepan situasi sama bagi mendapatkan khidmatnya.

“Kalau untuk pembangunan, boleh tetapi berapa gaji dia? Masa dia mahu kerja dengan saya, dia minta 70,000, 80,000 euro (RM327,000-RM374,000) sebulan dan mahu membawa dua lagi pembantunya,” kata Tunku Ismail.

Saya suka cabaran – Teong Kim

 

Sama ada Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker