Zul Ariffin bakal berhijrah ke Makkah, mahu mulakan perniagaan
“Sekarang dalam proses berpindah”
“Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke Malaysia.
“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini,” katanya kepada mStar.
Zul ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Meskipun memulakan kehidupan baharu di negara orang, Zul berkata itu tidak bermakna dia akan memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
Mengakui teruja untuk menjalani satu fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.
“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.
“Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.
Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon ZUL ARIFFIN PELAKON
“Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” jelasnya.
Sementara itu bercakap tentang filem Talbis Iblis, Zul memberitahu watak yang ditawarkan pada awalnya hanya sampingan, namun dikembangkan menjadi sebuah karakter yang boleh memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita.
Melihat kepada tenaga produksi yang hebat, Zul menawarkan diri untuk berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia kali ini.
“Rugi rasanya kalau saya tidak terlibat dengan filem sebegini. Pasukan produksi sangat hebat dan disebabkan itu saya sendiri yang tawarkan diri untuk berlakon.
Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Production dan MM2 Entertainment ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 20 Oktober depan.
Selain Zul, pelakon lain yang terlibat adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan Daniella Sya.
Siti Nurhaliza rindu jadi orang biasa
Zul Ariffin bakal berhijrah ke Makkah, mahu mulakan perniagaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir