Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!
Tidak mahu ada yang keliru dirinya dengan pendakwah bebas, Amin Idris tampil beri penjelasan di media sosialnya
Pengacara televisyen, penulis buku dan juga perunding latihan serta motivasi, Amin Idris memuatnaik satu hantaran di Instagram-nya yang mencuri perhatian warganet dan juga lensa Murai MY.
Bukan PU Amin
Gara-gara miliki nama yang sama seperti pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Amin sehingga menyebabkan kekeliruan bagi segelintir pihak, Amin Idris bersuara dan memberi penjelasan di media sosialnya.
“Saya adalah Amin Idris. Bukan PU Amin. PU Amin orang lain. Saya tak pernah masuk mana-mana program realiti agama. Saya adalah Amin Idris. Sekian.” Tulisnya
Melihat muatnaik tersebut warganet membanjiri ruangan komen pengacara televisyen ini dan rata-rata ramai yang memberi pendapat untuk jadikan watak terkenal studio Marvel, Iron Man sebagai trademark Amin Idris.
“Ingat Iron Man, ingat Amin Idris.”
“Nak kenal abang Amin, dia ada koleksi Iron Man. Okay sekian.”
IKLAN
“@amin_idris aka Iron Man.” Komen warganet
“Noted! Tidak serupa dan seiras pun.”
“Apabila ada yang tak boleh bezakan rupa.. Tapi nama sama..”
“Tuan Amin Idris a.k.a Tuan Amin Iron Man.” Komen mereka
Sekadar info, Amin Idris merupakan pengacara televisyen, penulis buku dan juga pakar pelatih motivasi tanah air. Manakala Pencetus Ummah (PU) Amin atau nama penuh Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim merupakan pendakwah selebriti dan juga pengacara.
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.
Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.