Aeon Bank mulakan operasi digital Islam, suku kedua 2024

Aeon Bank mulakan operasi digital Islam, suku kedua 2024

Aeon Bank mulakan operasi digital Islam, suku kedua 2024
FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital di Malaysia, bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.

Beliau berkata, bank digital Islam pertama di Malaysia itu menyasar untuk menarik terutama pengguna celik teknologi dan Generasi Z, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Bank itu akan memulakan operasi dengan menawarkan akaun simpanan dan transaksi berkaitan untuk individu.



“Kami akan (seterusnya) melancarkan produk berdaya maju yang minimum. Apabila kami semakin mencapai kemajuan, produk tambahan dan pilihan pembiayaan pula akan menyusul,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual, hari ini.

“Pendigitalan adalah jalan menuju kemajuan atau penyelesaian kepada masalah tertentu. Lebih ramai orang belajar menggunakan perbankan dalam talian (dan) kita perlu terus mendorongnya, dan pada masa yang sama, mengurangkan transaksi tunai yang sukar,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




Bagi segmen perniagaan pula, Raja Teh Maimunah berkata, bahagian itu akan dilancarkan pada 2025.

Aeon Bank menyasar untuk memanfaatkan jurang pendanaan RM90 bilion antara syarikat besar dengan PMKS, katanya.

“Ini boleh jadi perniagaan seperti kedai TikTok atau Instagram. Itulah segmen sasaran kami, dan sejajar dengan peranan kami dalam memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan, yang menjadi mandat kami.

“Perniagaan itu tidak boleh mengakses pendanaan melalui bank tradisional atau kaedah peminjaman kerana penilaian kredit perlu dilakukan secara berbeza,” katanya.



Selain Aeon Bank, sebuah konsortium yang diterajui KAF Investment Bank Sdn Bhd turut memperoleh lesen bank digital Islam daripada Bank Negara Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amerika Minta Iran Benarkan Israel Serang Balas Demi Menjaga Maruah Israel


Tiga lagi yang memenangi lesen perbankan digital ialah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd, konsortium yang diketuai GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd, dan konsortium yang diketuai oleh Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.



Aeon Bank mulakan operasi digital Islam, suku kedua 2024


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button