Ikan Kembung Masak Asam Rebus
Ikan Kembung Masak Asam Rebus
Resepi Ikan Kembung Masak Asam Rebus, menu sihat kerana tidak menggunakan sebarang minyak, dan juga cepat disediakan. Masakan asam rebus ni kuahnya cair sahaja sebab kita nak ia lebih berkuah dan boleh dihirup seperti sup. Kalau rasa tak sedap badan sesuai masak menu asam rebus ni sebab ianya masam dan pedas secukup rasa.
Untuk kepedasan pula, boleh adjust banyak mana cili yang anda suka. Kadang-kadang kalau takda cili hidup Che Nom masukkan sahaja cili kisar sebagai ganti, tetap sedap rasanya.
Bahan-bahan:
- 4-5 ekor ikan kembung
- 1/2 biji betik muda
- 1 batang serai, dititik
- 4-5 tangkai daun kesum
- 2 keping asam keping/gelugor
- garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 inci kunyit
- cili merah atau cili padi
- sedikit belacan, jika suka
- sedikit air
Cara Penyediaan:
- Kisar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus bersama sedikit air. Tuang ke dalam periuk.
- Masak sehingga mendidih. Boleh tambah lagi air kalau nak lebih berkuah.
- Masukkan betik muda, serai, daun kesum dan asam keping.
- Masukkan pula ikan kembung. Rebus sehingga ikan masak. Ikan Kembung tak perlukan masa yang lama sangat untuk dimasak.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tip:
- Betik muda boleh digantikan dengan nenas.
- Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit, tapi kalau guna kunyit hidup lagi sedap lah.
- Kalau tak ada cili hidup, boleh juga kalau nak masukkan sedikit cili kisar atau cili boh sebagai ganti.
- Anda boleh masukkan serbuk perasa jika suka.
Ikan Kembung Masak Asam Rebus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?
- Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan
- Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :