Raysha Rizrose Umum Kini Sedia Jadi Isteri Nabil Jeffri

Pernah 4 Bulan ‘Putus Cinta’ Sepanjang 10 Tahun Bercinta



Raysha Rizrose Umum Kini Sedia Jadi Isteri Nabil Jeffri

Sepuluh tahun menjalin hubungan cinta bersama kekasihnya, Nabil Jeffri, pelakon Raysha Rizrose mendedahkan mereka pernah sekali mengalami ‘putus cinta’.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 26, berkata, mereka pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil,29, yang juga pelumba kereta Formula 3 berjaya memujuknya.

“Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami jalani hubungan jarak jauh, masing-masing ada komitmen sendiri. Sedar-sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlaku.



“Sebenarnya untuk fasa ini, Nabil sudah bersedia (berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya. Kalau nak diikutkan kakak saya (Uqasha) pun baru kahwin.

“Apapun, pada umur sekarang semestinya kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” katanya kepada MH.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


Raysha yang juga Juara Dewi Remaja 2015 ini membuat penampilan pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen Rizman dan Ruzaini, sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk rekaan.

Ditanya mengenai bila hatinya terdetik untuk menjalani kehidupan berumah tangga, Raysha akui perasaan itu hadir sendiri.



“Sebelum ini bila ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tidak pernah buat saya tertekan. Sebab saya percaya bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.

“Kini saya rasa detik itu sudah sampai, rasa tiba-tiba macam saya sudah 26 tahun, alhamdulillah dah capai apa yang dimahukan, kakak semua pun sudah berkahwin. Jadi inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup,” katanya lagi.

Raysha bagaimanapun akui, lebih selesa untuk mengadakan majlis raja sehari yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikan momen indah bersama.

Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

Raysha Rizrose Umum Kini Sedia Jadi Isteri Nabil Jeffri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker