Suu Kyi dipenjara tiga tahun, langgar Akta Rahsia Rasmi

Suu Kyi dipenjara tiga tahun, langgar Akta Rahsia Rasmi

Suu Kyi dipenjara tiga tahun, langgar Akta Rahsia Rasmi

YANGON: Mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Aung San Suu Kyi dan warga Australia, Sean Turnell yang juga merupakan penasihat ekonomi kepada pemimpin digulingkan itu.

Menurut sumber yang mengetahui prosiding itu, Suu Kyi dan Turnell didakwa atas kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi, yang membawa hukuman maksimum selama 14 tahun.



Bagaimanapun, katanya, Suu Kyi dan Turnell mengaku tidak bersalah.

“Suu Kyi dan Turnell masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun,” kata sumber yang enggan mendedahkan namanya kerana sensitiviti isu berkenaan.

Suu Kyi, Turnell dan beberapa lagi pegawai pentadbirannya adalah antara ribuan orang yang ditahan sejak junta tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dipilih dalam rampasan kuasa pada awal tahun lalu.

Ia termasuk ahli politik, penggubal undang-undang, birokrat, pelajar dan wartawan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pemenang anugerah Nobel itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lebih 17 tahun dalam kes berasingan yang kebanyakannya berkaitan tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, Suu Kyi menafikan semua tuduhan terhadap dirinya.

Turnell yang juga merupakan profesor ekonomi di Universiti Macquarie di Australia, berada dalam tahanan beberapa hari selepas rampasan kuasa.

Sebelum ini, Menteri Luar Penny Wong menegaskan Canberra menolak keputusan mahkamah untuk membicarakan Turnell.



Keputusan penghakiman itu berlangsung di sebuah mahkamah tertutup di ibu negara, Naypyidaw.

Kesalahan sebenar defendan dibawah Akta Rahsia Rasmi masih belum dapat dipastikan.

Namun seorang sumber sebelum ini memaklumkan kesalahan Turnell `berkaitan dengan dakwaan dia mempunyai dokumen kerajaan’. – REUTERS

PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir



Suu Kyi dipenjara tiga tahun, langgar Akta Rahsia Rasmi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button