Gundogan sertai Barcelona secara percuma – laporan

Gundogan sertai Barcelona secara percuma – laporan

Gundogan sertai Barcelona secara percuma - laporan
Ilkay Gundogan (kanan) bersama Pep Guardiola selepas tiba dari Istanbul susulan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara mengalahkan Inter Milan pada final. – Foto UEFA.com

LONDON: Ilkay Gundogan akan menyertai Barcelona secara perpindahan percuma daripada kelab pemenang treble Manchester City, lapor BBC dan Sky Sports semalam.

Gundogan akan meninggalkan City selepas mengetuai kelab Inggeris itu menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim lalu, menamatkan tujuh tahun penuh kejayaan di England yang mana dia memenangi 14 trofi, termasuk lima kejuaraan liga.

Gundogan adalah rekrut pertama Pep Guardiola apabila beliau mengambil alih di City pada 2016 sekalipun pemain Jerman itu diketepikan kerana kecederaan lutut ketika dia dibeli dari Borussia Dortmund.



Dia ternyata pemain penting dalam perlawanan besar di City, terutamanya bagi dua musim terakhir apabila dia menjaringkan gol penting yang membantu City merangkul beberapa trofi.

Gundogan meninggalkan City selepas melakukan lebih 300 penampilan, menjaringkan 60 gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO




Pengalamannya pasti berharga buat jurulatih Barca, Xavi selepas perancang tengah Sergio Busquets meninggalkan kelab Sepanyol itu pada hujung musim sesudah beraksi selama 18 tahun bersama pasukan Catalunya itu.

Barcelona memenangi kejuaraan La Liga musim lalu tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan tersingkir pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol. – REUTERS

Gundogan sertai Barcelona secara percuma – laporan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perangai Pelik Ahli UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button