Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Mudah dan Sedap
Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Mudah Dan Sedap
- Masa Penyediaan: 15 minit,
- Masa Memasak: 15 minit
- Jumlah Hidangan: 5-6 orang
Resepi Mee Hailam. Buat peminat masakan berasakan mee dan berkuah, juga kepada yang sukakan menu ringkas, cepat dan mudah disediakan…jom ikut cara Che Nom sediakan Mee Hailam yg sangat sedap rasanya.
Ciri-ciri utama mee hailam ialah kuahnya mesti banyak, atau banjir kata orang. Warna kuahnya juga gelap dan sedikit pekat, serta meriah dengan isi ayam, seafood dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk mee (dicelur):
- air secukupnya
- 1 pek /450g mee kuning
- Bahan-bahan untuk kuah mee hailam:
- sedikit minyak, untuk menumis
- 2 ulas bawang putih. hiris nipis
- 1 biji bawang merah kecil, hiris nipis
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam, hiris kecil
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1/2 batang karot
- sayur sawi, asingkan daun dan batang
- 2 keping fishcake, potong nipis
- 3 cawan air (anggaran)
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 4-5 ekor udang besar
- kicap manis secukupnya, sehingga warna kuah jadi gelap
- 2 batang baby corn
- 2 ekor sotong
- sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- 1 biji tomato, belah 6
- garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk hiasan:
- daun sup
- bawang goreng
- cili merah
- limau nipis
Cara Penyediaan:
- Rebus air sehingga mendidih. Celur mee kuning dalam anggaran 5 minit. Tapis dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, kacau sehingga cili masak.
- Masukkan hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah, masak sehingga air ayam kering.
- Masukkan karot dan batang sawi. Kacau sehingga layu.
- Masukkan fishcake dan air. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, udang dan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan baby corn, sotong dan air bancuhan tepung jagung. Masukkan sikit demi sedikit supaya mendapat kepekatan yang sesuai.
- Masukkan hirisan tomato dan daun sawi. Masak sehingga kuah mendidih.
- Masukkan mee yang dicelur tadi dan boleh terus dihidang.
- Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau nipis.
Tip:
- Serbuk lada sulah sangat penting untuk menghilangkan bau hanyir jika ada.
- Sotong dimasukkan akhir supaya isinya tidak liat.
- Kalau kurang masin, boleh tambah garam secukup rasa.
Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Mudah dan Sedap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen
- Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?
- BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :