Wawa Zainal – “Ada Dalam 3 Hari, Dia Punya ‘Beg Kuning’ Di TikTok Lebih 11,000 Unit Terjual.”
Reseller Pegang Stok Berlambak
Wawa Zainal – “Ada Dalam 3 Hari, Dia Punya ‘Beg Kuning’ Di TikTok Lebih 11,000 Unit Terjual.”
Pasangan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur kerana setakat ini, mereka jarang berdepan masalah besar berhubung isu agen atau penjual (reseller) yang memegang produk terlalu lama hingga merekodkan kerugian besar.
Menurut Wawa, dia dan pasukan sama-sama percaya dengan rezeki selain sokongan berterusan daripada para pengguna yang selama ini setia dengan produk keluaran Wawa Cosmetics.
“Penjual (reseller) memang akan pegang stok, merekalah yang beli dan akan ada barangan itu terlebih dulu. Akan tetapi bagi saya, kenapa ada yang begitu yakin untuk ambil stok yang banyak mungkin sebab mereka sudah tahu ia akan habis dekat tangan.
“Malah ada juga yang rasa rugi kalau tak ambil dalam kuantiti tertentu sebab macam contoh, kalau ambil dalam 5,000 unit insyaAllah akan habis. Baru-baru ini misalnya salah seorang reseller kami dalam masa tiga hari saja dia punya ‘beg kuning’ di TikTok lebih 11,000 unit terjual,” katanya.
Sementara itu bagi Aeril, jika ada stok daripada mana-mana agen yang ‘sold out’, ada rakan lain yang sudi membantu menjual produk yang masih berbaki.
“Tambahan pula kalau fikir logik, kalau mereka beli banyak dan ada ‘simpan’ pada mereka sahaja, macam mana nak buat pusingan modal? Cuma saya tidak nafikan mungkin adalah juga agen yang pegang stok lama, tapi tidak boleh nak salahkan HQ seratus peratus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Kini Mempertahankan Parti Yang Mahu Meraktifikasikan ICERD Yang Dahulunya Di Tentang
- Lim Guan Eng sombong, perlekeh PDRM
- Mahathir ajak PH/PN benci 3 juta orang Melayu.
“Banyak faktor yang menyebabkan situasi itu terjadi. Tapi kenapa ada yang lain boleh jual hingga belas ribu unit, kalau ada yang pegang stok dalam kuantiti sedikit tapi bercakap itu ini. Rasanya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik dari segi strategi jualan juga.
“Yang bagusnya, para penjual turut sokong antara satu sama lain. Amalan itu memang menjadi amalan di antara team kami. Cuma setakat ini agen, reseller kami yang paling aktif sekitar 500 orang begitu,” katanya lagi.
Aeril dan Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Wawa Fruity Candy Liptint di Boat House, Ampang, Selangor pada Selasa.
Sementara itu, mereka turut berbangga apabila kini berjaya melahirkan 10 usahawan berstatus jutawan sejak memulakan perniagaan empat tahun lalu, termasuk yang berjaya menempuh fasa pandemik Covid-19.
Wawa berkata, dia dan suami sentiasa memikirkan cara untuk memastikan mereka mampu mencipta kejayaan bersama peniaga setia yang kekal percaya dengan produk keluaran mereka.
“Alhamdulillah kerana semua peniaga sentiasa memberikan kepercayaan dan menyokong kami sejak mula berniaga sehingga ke hari ini.
“Bagi kami, ia juga satu tanggungjawab bagi kami untuk menghasilkan produk berkualiti dan boleh jual bagi memastikan mereka dan kami sama-sama dapat mencari pendapatan,” kata Wawa.
Aeril menambah, mereka sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan mengikut rasional pasaran.
Dalam pada itu, sebanyak 80,000 unit Wawa Fruity Candy Liptint telah dikeluarkan dengan empat varian iaitu epal, strawberry, peach dan tembikai dan setakat ini, lebih 65,000 sudah dijual.
Mac lalu, pasangan ini turut mempunyai wisma bernilai RM3.2 juta iaitu bangunan tiga tingkat yang dijadikan pusat rangkaian perniagaan mereka Wawa menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.
Wawa Zainal – “Ada Dalam 3 Hari, Dia Punya ‘Beg Kuning’ Di TikTok Lebih 11,000 Unit Terjual.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PKR bergelora, konflik pemilihan calon
- Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang
- ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.