Nasi Goreng Kerabu Restoran Thai
Untuk resepi kali ini, Che Nom nak sediakan menu goreng-goreng yang ringkas tapi sedap, iaitu Nasi Goreng Kerabu yang pedas, dan wangi sangat dari hasil ramuan herba segar yg kita masukkan. Bagi Che Nom perlu ada 3 bahan wajib ada kalau nak masak Nasi Goreng Kerabu yang sedap iaitu bunga kantan dan daun kesum yang biasa kita guna untuk masak asam pedas ataupun laksa, dan juga serai, Kemudian baru boleh olah dengan tambah bahan-bahan lain.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5-8 tangkai cili padi
- 1/2 cawan ikan bilis
- Bahan-bahan untuk lain-lain:
- Sedikit minyak masak
- 2 biji telur
- 1 ketul isi ayam
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 batang serai
- 6-10 ekor udang
- 3 cawan nasi
- Sayur kacang panjang
- Sedikit kicap cair
- Garam secukup rasa
- Daun kesum
- 1/2 – 1 kuntum bunga kantan
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk bahan tumis:
- Hiris kasar bawang putih dan bawang merah. cili padi buang tangkai sahaja.
- Masuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis kemudian tumbuk halus.
- Masukkan cili padi dan tumbuk kasar
- Cara-cara untuk nasi goreng:
- Potong kacang panjang,bunga kantan, serai, daun kesum dan isi ayam.
- Pecahkan telur dan masukkan telur dan kacau telur sampai hancur kasar. Bila garing boleh angkat dan ketepikan.
- Panaskan baki minyak, masukkan bahan tumbuk kasar dan tumis sampai masak garing.
- Masukkan isi ayam, kiub ikan bilis, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, hirisan serai, udang, dan nasi sejuk.
- Bila nasi dah masak seroi/ peroi masukkan kacang Panjang dan telur goreng.
- Masukkan hirisan daun kesum, bunga kantan, dan kicap cair (pilihan)
- Hidangkan dan tabur daun kesum dan bunga kantan.
Tip:
- Selepas masukkan telur goreng, goreng dengan api besar untuk rasa char.
Nasi Goreng Kerabu Restoran Thai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
- Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur
- PRU 15 : Pilihanraya paling ramai calon Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS