Resepi Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Gorang Kampung
Resepi Nasi Gorang Kampung, sajian kegemaran ramai. Sedap dan simple, sesuai untuk makan makan, enak di hidang bersama sambal belacan bagi menambahkan lagi kick. Kalau nak nasi goreng kampung ni lebih pedas boleh tambahkan cili padi.
Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi
- 6 ekor udang, dibuang kulit
- 2 ekor sotong, dipotong bulat
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawan putih
- 6 biji cili padi
- 1/2 ikat sayur kangkung
- 1 mangkuk kecil karot, didadu
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji telur
- 2 ketul fish cake, putong dadu
- ikan bilis goreng
- serbuk lada sulah
- garam dan gula secukup rasa
- Bahan untuk tumbuk kasar:
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawan putih
- 6 biji cili padi
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
- Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
- Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
- Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
- Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.
Resepi Nasi Gorang Kampung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :