4 dapur hotel kotor diarah tutup
4 dapur hotel kotor diarah tutup

MELAKA: Empat dapur hotel di negeri ini diarah tutup selepas tahap kebersihan premis dikesan tidak memuaskan.
Notis penutupan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka selepas pemeriksaan melalui Op Hotel menemui najis lipas, lalat serta tikus pada ruangan dapur premis terbabit.
Mengulas lanjut, katanya, dalam operasi dua hari itu sejumlah 40 dapur hotel sekitar Bandar Hilir dan Ayer Keroh diperiksa, dengan empat daripadanya diarahkan tutup sementara.
“Arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.
“Selain itu, JKN turut mengeluarkan 14 kompaun dengan nilai keseluruhan RM10,400 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 membabitkan kesalahan tiada suntikan, tiada kursus pengendali makanan, tidak memakai apron serta penutup kepala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Rusdi berkata, selain bahagian dapur pihaknya turut melakukan pemeriksaan kebersihan persekitaran dalam dan luar hotel, yang mana lapan hotel dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
“Susulan itu sembilan kompaun kesalahan bernilai RM4,500 dikeluarkan ke atas pemilik premis.
“JKN akan terus meningkatkan pemantauan ke atas semua premis khususnya hotel di sekitar Melaka bagi memastikan pematuhan Akta Makanan serta yang berkaitan dipatuhi,” katanya.
4 dapur hotel kotor diarah tutup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru
- PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan
- Mahathir paling risau jika Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :