Mangsa banjir kilat Johor meningkat 245 orang, 4 PPS dibuka

Mangsa banjir kilat Johor meningkat 245 orang, 4 PPS dibuka

 

Mangsa banjir kilat Johor meningkat 245 orang, 4 PPS dibuka
Keadaan banjir yang berlaku di Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian, Johor. – Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir kilat di negeri ini meningkat kepada 245 orang daripada 72 keluarga dengan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah, setakat jam 10 malam tadi.

Jumlah itu berbanding hanya 75 mangsa daripada 34 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Sebuah PPS terbaru dibuka di Kulai membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, dengan menempatkan 150 mangsa banjir daripada 38 keluarga, yang dibuka jam 6.30 petang tadi.

Dua lagi PPS dibuka di Kluang membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam membabitkan 32 mangsa daripada 15 keluarga dan SK Sungai Linau membabitkan 11 mangsa daripada tiga keluarga.

Sebuah lagi PPS dibuka di Pontian membabitkan SK Melayu Raya membabitkan 52 mangsa daripada 16 keluarga.

Menurut kenyataan dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kejadian banjir kilat melanda beberapa daerah berikutan hujan lebat melebihi dua jam.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

Mangsa banjir kilat Johor meningkat 245 orang, 4 PPS dibuka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker