Pesan Azhar Sulaiman Untuk Leona Buat Ramai Terhibur

Kongsi Tip Hilangkan “Double Chin”

Pesan Azhar Sulaiman Untuk Leona Buat Ramai Terhibur

Pesan Azhar Sulaiman Untuk Leona Buat Ramai Terhibur

Umum sedia maklum, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona kini berada di United Kingdom untuk meneruskan pengajiannya.

Berkongsi Video Tarian

via Instagram Azhar Sulaiman

Terbaru Azhar ada berkongsikan di Instagram miliknya satu video tarian dan bersebelahan video tersebut, dia meletakkan gambar anaknya, Leona.



Menerusi perkongsian tersebut, Azhar turut memberikan pesanan ringkas buat Leona sempena musim sejuk di sana.

IKLAN

Tunjuk ‘Double Chin’ Leona

Azhar yang berkongsi foto dan memaparkan ‘double chin’ Leona meminta anaknya itu untuk mengurangkannya dengan cara menari dalam bilik.

Tulisnya, murah dan hanya menggunakan kerusi dan melakukan tarian, dia mengharapkan cara tersebut dapat berkesan untuk Leona. Di kesempatan itu, Azhar turut memberikan pesanan kepada Leona untuk menjauhi dadah.



Netizen Terhibur

via Instagram Azhar Sulaiman

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut meraih tumpuan ramai netizen yang teruja melihat Azhar menyakat Leona.

Ramai yang terhibur dan mengatakan Azhar seorang bapa yang ‘sporting’ dan jika perkara tersebut terjadi pada anak orang lain, pasti ramai yang sudah mengamuk.

Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.



 

 

Pesan Azhar Sulaiman Untuk Leona Buat Ramai Terhibur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button