Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen [VIDEO]

Bukan sengaja nak nyanyi sumbang

Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen

Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen
Nabila terima kecaman netizen dengan hati terbuka.

NABILA Razali menjelaskan bukan suka-suka menyanyi dalam nada sumbang sehingga dia tidak mendapat belas kasihan netizen yang menghina kredilibitinya sebagai penyanyi.

Kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, sebagai penyanyi dia sudah cuba memberikan yang terbaik setiap kali naik ke atas pentas namun terdapat pelbagai faktor menganggu persembahannya.

“Pada hari pelancaran saya tidak cukup rehat dan itu salah satu faktor nyanyian sumbang tetapi saya tidak mahu jadikan ia sebagai alasan.



“Perkara pun sudah berlaku, orang pun dah post nak buat apa lagi, enjoy sahaja… saya tak salahkan sesiapa tetapi saya sendiri yang bersalah.

 

Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen
Nabila Razali mengaku baca semua komen netizen.

“Sebagai penyanyi saya tak akan sengaja menyanyi sumbang tetapi perkara sudah berlaku. Saya hanya boleh move on dan buat lebih baik pada masa depan,” katanya.

Nabila mengulas mengenai persembahan single terbaharunya Aku Terluka ketika pelancaran lagu berkenaan baru-baru ini yang sumbang.



Video persembahan itu tersebar luas di media sosial sehingga Nabila menjadi sasaran tidak puas hati netizen yang mengkritik kebolehannya sebagai penyanyi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, walaupun ramai menghentam dan meminta dia berhenti menyanyi, Nabila tidak akan berbuat demikian kerana bidang nyanyian adalah cintanya.

Kata Nabila, meskipun adakalanya ‘terluka’ dengan kecaman namun dia hanya mampu memekakkan telinga kerana tidak mahu ia menggangu perjalanan kariernya.

Saya tak salahkan sesiapa tetapi saya sendiri yang bersalah.

NABILA RAZALI

PENYANYI/PELAKON

“Saya tolak tepi semua kecaman, kalau saya fikir apa orang cakap nanti saya akan dekat situ sahaja. Menyanyi ini saya minta sejak kecil, jadi kenapa saya perlu nak dengar cakap orang.



“Saya tak marah atau sakit hati tetapi kesal dengan ayat-ayat ditinggalkan seolah-olah mereka ini tiada adik-beradik atau kawan-kawan,” ujarnya.

Akui Nabila, dia membaca setiap kritikan ditinggalkan netizen malah turut meluangkan masa membalas sama ada komen baik dan buruk daripada pengikutnya.

Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen
Nabila teruja Aku Terluka kini trending nombor tiga.

 

Sementara itu, mengulas mengenai permintaan peminat yang mahu dia kembali dengan lagu-lagu berentak rancak, Nabila menjelaskan dia tidak mahu terus menghasilkan lagu berentak sama untuk peminat.



Sebaliknya, sebagai penyanyi dia mahu menjadi seorang yang versatil dan mempelbagaikan genre lagu agar tidak berada di takuk sama.

“Sebagai penyanyi kita kena ada peningkatan, takkan nak nyanyi lagu ‘cumi-cumi’ sampai umur 50 tahun… nanti peminat kata saya tak ada lagu lain.

“Sebab itu saya sahut cabaran menyanyikan lagu balada dengan nada tinggi… saya mahu tingkatkan kualiti karier saya, jadi peminat dapat kepelbagaian daripada saya,” ujarnya.

Nabila Razali bimbang penilaian netizen



 

Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading