Russia tolak penetapan harga siling minyak

Russia tolak penetapan harga siling minyak

Russia tolak penetapan harga siling minyak, mahu bertindak balas
SYARIKAT insurans dan firma berkaitan hanya boleh membekal minyak mentah Rusia mengikut harga siling atau pada kadar lebih rendah.

KYIV: Russia menolak harga siling AS$60 (RM263) setong ke atas minyaknya yang ditetapkan oleh sekutu Barat Ukraine dan memberi amaran bakal melancarkan tindak balas terhadap keputusan itu walaupun Kyiv menganggap harga berkenaan masih ‘terlalu selesa’ bagi Russia.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Russia tidak akan menerima penetapan harga siling tersebut dan akan membuat analisis sebelum memutuskan tindak balas khusus ekoran tindakan itu.

Kelmarin, Kesatuan Eropah (EU), negara G7 dan Australia meluluskan had harga berkenaan terhadap minyak Russia yang akan berkuat kuasa 5 Disember.



“G7 dan semua negara anggota EU telah mengambil keputusan yang akan menambah buruk pendapatan Russia dan mengurangkan keupayaannya untuk melancarkan perang di Ukraine.

“Keputusan ini juga akan membantu kami menstabilkan harga tenaga global dan memberi manfaat kepada negara di seluruh dunia yang kini berhadapan dengan harga minyak yang tinggi,” kata Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tetapi wakil tetap Russia kepada organisasi antarabangsa di Vienna, Mikhail Ulyanov, memberi amaran bahawa penyokong Eropah akan meragui dan menyesali keputusan mereka.

“Mulai tahun ini, Eropah akan hidup tanpa minyak Russia. Moscow sudah menjelaskan kami tidak akan membekalkan minyak kepada negara-negara yang menyokong harga siling pasaran. Tunggu, tidak lama lagi EU akan menuduh Russia menggunakan minyak sebagai senjata,” katanya di laman Twitter.



Bagaimanapun, China dan India yang merupakan pembeli minyak terbesar Russia tidak komited terhadap harga siling tersebut.

Di bawah perjanjian pada Jumaat lalu, syarikat insurans dan firma lain yang terbabit dalam penghantaran minyak, boleh membekalkan minyak mentah Russia jika harganya mengikut siling ditetapkan atau pada kadar lebih rendah.

Memandangkan kebanyakan syarikat insurans terletak di EU dan United Kingdom, mereka dijangka dikehendaki mematuhi had siling ditetapkan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyifatkan keputusan mengenai harga tersebut sebagai kedudukan yang lemah selepas Kyiv mendesak had yang lebih rendah kepada AS$30 (RM131) untuk memusnahkan ekonomi musuhnya itu dengan lebih cepat.-AGENSI



Hampir 13,000 tentera Ukraine terkorban

Russia tolak penetapan harga siling minyak

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button