Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’

Gangguan Berlaku Secara Keseluruhan



Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’

Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan dia dan suaminya, Aliff Aziz menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita. Menurut Bella, mereka telah mengalami gangguan pelik sejak sebulan lalu.

Dulu tak percaya tapi bila dah terkena

Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’

Ketika ditemui OhBulan! di sidang media ‘Famili Duo’, pelakon berusia 28 tahun ini menjelaskan dirinya sendiri masih baru menyedari hal tersebut. Ini kerana, dia sentiasa bersikap positif dan kurang mempercayai hal sebegini pada awalnya. Namun, apabila sudah mengalaminya sendiri barulah dia percaya dan terus mengambil inisiatif untuk berubat.

Bella sudah alami hal ini selama sebulan lebih. Secara jujurnya dulu Bella memang tak percaya, tetapi apabila diri sendiri yang terkena, ya Allah memang berdoa sangat supaya hal ini akan segera berakhir dan tak akan berulang lagi.

Bukan itu sahaja, jelas pelakon drama ‘Aku Tanpa Cintamu’ ini, gangguan yang dialaminya ini adalah sejenis sihir pemisah rumah tangga yang menjadi cabaran besar buatnya dan juga Aliff.

Dalam pada itu, Bella juga memberitahu sepanjang tempoh sebulan lebih tersebut, dia dan Aliff melalui fasa yang amat sukar dan mencabar terutamanya bagi urusan keluarga. Walau bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini sangat bersyukur kerana Aliff tidak pernah menolak untuk mendapatkan bantuan perubatan Islam.

Bella bernasib baik sebab Aliff mengikut sahaja. Contoh Bella ajak berubat, dia tak tolak dan kata okay jom. Sebab dia dapat rasa perubahan dia, Bella pun dapat rasa perubahan Bella sampai kita tak boleh nak kerja.

Kita pun tak mahu susahkan mana-mana pihak. Jadi jalan terbaik adalah dengan pergi berubat dan Alhamdulillah kami dah sembuh.

Pernah nak tarik diri

Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’

Tambahnya lagi, dia pernah merasa mahu menarik diri daripada program realiti ‘Family Duo’ akibat bimbang akan perkara sama berulang.

Malah, menurut Bella, suaranya kadang kala terganggu, sekejap ada dan tiada sehingga dia terpaksa mengambil ubat untuk mengeluarkan suaranya. Lantaran itu, hal ini sedikit sebanyak mengganggu secara keseluruhan dan membataskan aktiviti nyanyiannya.

Sejujurnya, ‘Family Duo’ ni Bella rasa macam nak tarik diri sebab suara Bella ‘on off, on off’ sampaikan kena ambil ubat untuk keluarkan suara. Perkara ini mengganggu keseluruhan jadi Bella betul-betul rasa takut.

 

Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker