Bayar RM2,000 upah tangkap ikan di zon larangan
Bayar RM2,000 upah tangkap ikan di zon larangan
TANJONG KARANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, menahan empat nelayan termasuk tiga warga asing kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan, semalam.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu kesemua nelayan berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun ditahan di kedudukan 2.4 batu nautika Sungai Burong, di sini.
Beliau berkata, sebelum itu pihaknya mengesan bot dinaiki semua individu terbabit menerusi rondaan rutin Op Ehsan dan Op Benteng Laut.
“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu menggajikan kru warga asing dan melakukan aktiviti perikanan di bawah lima batu nautika di perairan Tanjong Karang.
“Bot itu dikendalikan empat kru termasuk seorang tekong warga tempatan dan tiga warga Myanmar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Siva Kumar berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga asing itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
“Kita dimaklumkan warga Myanmar ini sudah bekerja di bot terbabit sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan.
“Mereka dipercayai dibayar kira-kira RM2,000 untuk menangkap ikan zon larangan,” katanya.
Beliau berkata, bot bersama kru dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai
penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.,” katanya.
Bayar RM2,000 upah tangkap ikan di zon larangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat
- Ucapan Presiden di PAU Januari 2023 dijangka panas berapi.
- Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun
- Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
- Siapa ‘fitnah’ Arman belakangkan Zahid?