Musk bertemu Modi untuk bincang pelaburan di India
Musk bertemu Modi untuk bincang pelaburan di India
NEW DELHI: Pemilik Twitter dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengumumkan perbincangan mengenai potensi pelaburan penting di India selepas bertemu Perdana Menteri, Narendra Modi di Amerika Syarikat (AS).
Musk, antara lelaki terkaya di dunia, berkata Modi menggalakkannya membuat pelaburan besar di India.
“Langkah itu adalah sesuatu yang kami ingin lakukan, dan cuba memikirkan masa yang sesuai,” katanya.
New Delhi dilihat mengalu-alukan pelabur dan syarikat global terkemuka termasuk gergasi teknologi seperti Google dan Apple dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Twitter gantung akaun beberapa wartawan buat liputan Elon MuskSejak wabak koronavirus, banyak syarikat melebarkan pelaburan ke India sebagai satu cara untuk mengurangkan pergantungan rantaian bekalan mereka kepada China dan memanfaatkan pasaran domestik negara Asia Selatan yang besar itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ramai penyokong UMNO berasa hati berada dalam dilema akibat kenyataan Anwar Ibrahim.
- Sudah Sampai Masanya UMNO Desak PM Tubuhkan Tribunal Siasat Hakim Nazlan
- Demi Melayu, Sanusi Tandatangan MoU Dengan Syarikat Berusia 4 Bulan
Modi bertemu jutawan teknologi itu tidak lama selepas beliau tiba dari India untuk lawatan rasmi negara, berkata ia adalah pertemuan yang hebat dengan Musk di New York.
“Kami membincangkan pelbagai aspek mengenai isu-isu dari tenaga hingga kerohanian,” kata Modi di Twitter, hari ini, sehari sebelum bertemu oleh Presiden AS, Joe Biden untuk majlis makan malam rasmi.
Musk berkata beliau adalah peminat Modi.
“Saya sebenarnya sangat teruja dengan masa depan India. India mempunyai lebih banyak janji daripada mana-mana negara besar di dunia,” tambahnya. -AFP
Musk bertemu Modi untuk bincang pelaburan di India
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pejabat KPN Sudah Sedia Menanti Ayob Khan
- Kerana Shahidan, Hubungan Muhyiddin Dan Hamzah Bermasalah
- Chegu Bard Raja Auta Malaya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.