Isteri bantu suami kahwin kekasih lama

Isteri bantu suami kahwin kekasih lama
HYDERABAD: Seorang wanita di India membantu suaminya berkahwin dengan kekasih lamanya selepas mendapat tahu
mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.
Malah, wanita itu juga bersetuju kekasih suaminya tinggal serumah agar mereka bertiga dapat hidup bahagia bersama.
Lapor Oddity Central, kejadian itu berlaku di bandar Tirupati di Andhra Pradesh.
“Kehidupan pasangan itu sangat baik sehingga Vimala mengetahui suaminya pernah bercinta dengan seorang pempengaruh media dari Visakhapatnam.
“Wanita itu baru berpindah ke kawasan perumahan mereka dan cuba berbaik semula dengan Kalyan.
“Namun, daripada cuba memaksa Kalyan meninggalkan Vimala, bekas teman wanita itu mahu hidup bersama keluarga itu,” jelas laporan.
Berdasarkan laporan media tempatan, Kalyan dan bekas teman wanitanya, Nitya Sree berpisah setelah mengalami beberapa masalah ketika itu.
“Apabila Nitya berpindah ke Tirupati dan berhubung semula dengan Kalyan, mereka menyedari masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.
“Vimala pada awalnya keliru, namun selepas mengambil sedikit masa untuk memikirkan isu itu, dia akhirnya bersetuju perkahwinan suaminya dengan bekas kekasih,” jelas laporan itu.
Vimala juga hadir pada majlis perkahwinan suaminya dan turut serta bergambar dengan pasangan pengantin baharu.
Isteri bantu suami kahwin kekasih lama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi
- Mendakwa pemimpin PH antara kandungan manifesto PRU15 BN?
- Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15
- Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri?
- KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :