TikToker diugut bunuh selepas buat prank! [VIDEO]
Mangsa rupanya ibu angkat, setuju berlakon demi bantu kerjaya anak muda di TikTok
TikToker diugut bunuh selepas buat prank! [VIDEO]
“Saya ingin menyampaikan permohonan maaf secara terbuka dan tanpa bersyarat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pihak yang terkesan dengan video tersebut.
Menurut Daing lagi, wanita yang menjadi mangsa prank itu merupakan ibu angkatnya dan mereka sekadar mahu melakukan eksperimen sosial melalui video berkenaan.
Tapi kenapa bila video dah viral, kenapa orang baru cari saya? Itulah persoalan yang ingin kami persoalkan.
DAING ELLANDO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat
- Ucapan Presiden di PAU Januari 2023 dijangka panas berapi.
- Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng
“Sebenarnya kita bukan nak prank mak (mangsa) ni, kita nak prank orang di sekeliling sama ada orang tu aware ke tak aware benda (prank) tu tapi mak terkejut time tu, tak ada orang yang ambil kisah benda tu.
“Kalau masa tu mungkin orang dah tangkap, kejar, tumbuk saya. Tapi kenapa bila video dah viral, kenapa orang baru cari saya? Itulah persoalan yang ingin kami persoalkan.
“Itu adalah lakonan sebab video tu tak habis. Tapi ini saya nak menerangkan ini mak angkat saya, so boleh menerangkan situasi sebenar yang mana penjelasan untuk korang tahu yang ini lakonan semata-mata,” ujarnya lagi.
Selain Daing, ibu angkatnya yang berlakon sebagai mangsa prank turut tampil dalam video sama dan membuat permohonan maaf atas kekecohan yang berlaku.
Dedah wanita itu, dia sekadar mahu membantu Daing, namun tidak menyangka pemuda berkenaan teruk dikecam sehingga ada yang membuat ugutan bunuh.
“Assalamualaikum semua, saya ingin menyatakan di sini saya adalah di antara orang yang berlakon di dalam video TikTok tersebut.
“Saya diberi tugas untuk melakonkan watak ibu yang membawa anak Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mana saya kena prank dengan menggunakan kek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun
- Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
- Siapa ‘fitnah’ Arman belakangkan Zahid?
“Saya bersetuju untuk melakukan watak itu demi membantu anak-anak muda di dalam TikTok, bekerjaya di dalam TikTok dan terus mencapai kejayaan. Itu tujuan saya sebenarnya.
Wajah wanita itu dipenuhi dengan kek selepas dia menjadi mangsa prank Daing.”Mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyangka saya kena prank dan saya rasa sangat kesian kepada Daing sebab tujuan saya nak bantu dia supaya dia lebih sukses tapi dia akhirnya dia jadi viral dan dikutuk.
“Dan yang paling teruk ada yang mengugut bunuh dan sebagainya. Saya sayang dia (Daing), saya harap benda ni tidak berterusan dan kita semua jangan terlalu mengikut emosi kerana lakonan ini bertujuan untuk kesedaran kepada semua bahawa kita rakyat Malaysia bukan nak tolong pun kalau ada orang tua ke, orang cacat yang dibuli, jarang yang datang nak membantu.
“Itu yang saya nampak sendiri sebab kita sendiri alami situasi tu, tak ada yang membantu,” ujar wanita itu.
Terdahulu, tular video memaparkan Daing yang melakukan prank ke atas seorang wanita sehingga menyebabkan dirinya teruk dikecam netizen.
Dalam video yang dirakam di sebuah taman di Semenyih, Selangor, Daing bertindak biadab apabila dia melumurkan sebiji kek pada wajah wanita berkenaan.
Lebih pilu, wanita itu dilihat sedang menolak anak lelakinya yang juga OKU sebelum dia dikejutkan dengan prank berkenaan.
Video tersebut mengundang kemarahan netizen yang menyangka ia adalah kejadian sebenar kerana Daing tidak menyatakan di TikTok bahawa ia lakonan semata-mata.
Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara
TikToker diugut bunuh selepas buat prank!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan
- Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
- UMNO buang Kitol2 nya.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara